Unit Jaminan Kualiti (UJK), Politeknik Nilai terus komited dalam memperkukuh pengurusan institusi melalui pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan. Sejajar dengan inisiatif tersebut, UJK telah membangunkan dua (2) sistem baharu iaitu INSIGHT (Integrated System for Institutional Governance & Reporting) bagi pengurusan pelaporan aktiviti, serta STAR-KPI PNS (Strategic Tracking and Reporting of KPI) bagi pengurusan pencapaian dan pelaporan KPI institusi.
Sehubungan itu, satu sesi taklimat berkaitan penggunaan kedua-dua sistem tersebut telah diadakan pada 30 Mac 2026 (Isnin) secara dalam talian melalui platform Google Meet. Taklimat ini telah disertai oleh Ahli Mesyuarat Pengurusan (AMP) serta wakil jabatan, pusat dan unit di Politeknik Nilai.
Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pengguna mengenai fungsi, kaedah penggunaan serta kepentingan kedua-dua sistem dalam menyokong pengurusan data yang lebih sistematik, cekap dan berpusat. Selain itu, taklimat ini turut menjadi platform untuk memastikan penyelarasan pelaporan aktiviti dan pencapaian KPI dapat dilaksanakan secara lebih efektif dan telus.
Pelaksanaan sistem INSIGHT dan STAR-KPI PNS ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan pengurusan maklumat, memperkukuh pemantauan prestasi serta menyokong proses membuat keputusan berasaskan data (data-driven decision making) di peringkat institusi.
Adalah diharapkan agar semua pihak dapat memanfaatkan sepenuhnya penggunaan sistem ini dalam usaha memperkasakan sistem pengurusan kualiti dan kecemerlangan organisasi Politeknik Nilai.
AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 TAHUN 2026
Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 Politeknik Nilai bagi tahun 2026 telah dilaksanakan pada 2 hingga 10 Mac 2026 melibatkan semakan terhadap pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di peringkat jabatan dan unit.
Audit ini merangkumi skop berikut:
* Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Politeknik Nilai
* Pemakaian pekeliling dan arahan yang sedang berkuat kuasa
* Pematuhan kepada garis panduan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
* Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Sesi I dan Sesi II 2025/2026
Pelaksanaan audit dalaman ini bertujuan memastikan setiap proses kerja mematuhi standard yang ditetapkan serta menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan secara berterusan selaras dengan keperluan standard ISO 9001:2015.
Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 Politeknik Nilai bagi tahun 2026 telah diadakan pada 2 Mac 2026 (Isnin) secara dalam talian melalui platform Google Meet.
Mesyuarat ini bertujuan untuk memaklumkan pelaksanaan audit dalaman yang akan dijalankan melibatkan semua jabatan dan unit di Politeknik Nilai. Selain itu, mesyuarat ini turut memberi penerangan berkaitan skop audit, kaedah pelaksanaan serta jadual audit bagi memastikan proses audit berjalan dengan lancar dan sistematik.
Audit dalaman ini dilaksanakan sebagai mekanisme penting dalam menilai tahap pematuhan terhadap keperluan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berdasarkan standard MS ISO 9001:2015, di samping mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan institusi.
Adalah diharapkan agar pelaksanaan audit ini dapat memperkukuh budaya kualiti dalam kalangan warga Politeknik Nilai serta menyokong usaha penambahbaikan berterusan (continuous improvement) selaras dengan keperluan standard yang ditetapkan.
Mesyuarat Penutup Audit Dalaman PNS bagi MS ISO 9001:2015 Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Mac 2026. Hasil audit merekodkan 1 Minor NCR dan 6 OFI.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua auditor serta seluruh warga PNS atas sokongan, kerjasama dan komitmen yang cemerlang sepanjang pelaksanaan audit ini.
BENGKEL PENULISAN LAPORAN MKSP TAHUN 2025
Tarikh: 11 Februari 2026 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi: TECC, Politeknik Nilai
Bengkel ini dilaksanakan bagi memperkukuh kefahaman dan kemahiran pegawai dalam penyediaan Laporan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) selaras dengan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti.
Bengkel ini melibatkan penyertaan Ketua Jabatan, Ketua Pusat dan Ketua Unit dalam memastikan laporan yang disediakan lebih sistematik, tepat dan memenuhi keperluan standard yang ditetapkan.
Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta atas komitmen dan kesediaan meluangkan masa dalam menyemak serta menambah baik laporan MKSP.
Semoga pelaksanaan bengkel ini dapat menyokong usaha penambahbaikan berterusan dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan Politeknik Nilai.
MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) TAHUN 2025
Tarikh: 10 Februari 2026 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi: Bilik Raflesia, Politeknik Nilai
Mesyuarat ini diadakan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti serta memastikan penambahbaikan berterusan selaras dengan hala tuju organisasi.
Mesyuarat turut melibatkan pembentangan daripada Timbalan Pengarah serta Timbalan Pengarah Sokongan Akademik berkaitan pencapaian, isu semasa dan perancangan penambahbaikan.
Semoga hasil perbincangan dapat memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan dan pengurusan Politeknik Nilai.
12 Jun 2025 (Khamis)
Bilik Cattleya, Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL)
Bengkel Pengurusan Risiko dan Peluang merupakan salah satu inisiatif Unit Jaminan Kualiti (UJk) dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkenaan pengurusan risiko di peringkat jabatan, unit dan pusat di Politeknik Nilai. Bengkel ini bertujuan untuk menyemak semula risiko sedia ada serta mengenal pasti peluang penambahbaikan yang boleh digerakkan di peringkat institusi.