Unit Jaminan Kualiti berperanan memastikan sistem pengurusan kualiti institusi dilaksanakan secara sistematik, berkesan dan selaras dengan keperluan standard serta dasar yang ditetapkan. Unit ini menyelaras pelbagai aspek berkaitan perancangan strategik, pemantauan prestasi dan KPI, akreditasi program, pengurusan dokumentasi, audit dalaman serta pengurusan risiko bagi menyokong usaha penambahbaikan berterusan. Melalui struktur organisasi yang tersusun dan kerjasama pegawai yang dilantik, Unit Jaminan Kualiti komited dalam memastikan kecemerlangan tadbir urus dan kualiti penyampaian perkhidmatan institusi sentiasa dipertingkatkan.
Pegawai Unit Jaminan Kualiti:
1. Pegawai Perancangan Strategik
2. Pegawai Prestasi & KPI
3. Pegawai Akreditasi
4. Pegawai Kualiti
5. Pegawai Dokumentasi
6. Ketua Jawatankuasa Pengurusan Risiko
7. Pengurus Risko
8. Ketua Audit Dalaman
9. Penyelaras Kurikulum
10. Pegawai Tindakan Pembetulan & Penambahbaikan Kualiti